Pengaruh bahasa Portugis dan Inggeris

Pengaruh Portugis

Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu adalah:

Bahasa PortugisBahasa Melayu
ArmarioAlmari
GarfoGarpu
IgrejaGereja
LimaoLimau
ToalhaTuala
JanelaJendela
EscolaSekolah
SapatoSepatu

[sunting]Pengaruh Inggeris

Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk mengambarkan situasi baru yang memanggil satu panggilan khusus merujuk kepadanya. Contoh perkataan sebegini adalah konotasi (connoctation), kompromi(compromise) dan siri (series). Tetapi kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud. Dewan Bahasa dan Pustaka telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan. Penggunaan perkataan sebegini yang meluas di media pencetakan dalam bahasa Melayu di Malaysia seperti pada akhbar Utusan Malaysia telah mengeruhkan lagi permasalahan ini. Satu satunya kenyataan bimbang terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir bin Mohammad meskipun beliau sendiri telah memperkenalkan suatu perkataan baru "bajet" menggantikan perkataan "belanjawan" semasa perbentangan belanjawannya yang terakhir, dengan alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana anggaran kewangan kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukan belanja semata-mata.


Berikut merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu secara rasmi dan digunakan secara meluas dan dianggap telah diterima.


Bahasa InggerisBahasa Melayu
BookBuku
LampLampu
BallBola
MindMinda
ChequeCek
BusBas
TaxiTeksi


Beberapa tahun kebelakangan ini (sekitar 2003) stesen televisyen milik kerajaan Malaysia RTM 1 (dahulu dikenali sebagai TV 1) telah menukar tema salurannya kepada "Saluran Infotainmen Anda" (daripada bahasa Inggeris Your Infotainment Channel) dan ini menimbulkan kontroversi apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendakwa perkataan "Infortainmen" merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Alasan yang diberikan adalah bahawa -tain- yang harus disebut seakan perkataan Melayu main, dan ini kedengaran agak janggal. Penukaran ejaan ke "Infotenmen" pula tidak diterima sebagai piawai DPB dan kerajaan disaran menggantikannya dengan perkataan lain seperti "Infohibur" tetapi Kementerian Penerangan yang mengendalikan stesen televisyen kerajaan Radio Televisyen Malaysia enggan menuruti saranan berkenaan. Pada tahun 2006 tema ini ditukarkan ke Saluran Inforia.

0 Responses

Post a Comment

  • Katakan Tidak Kepada Dadah

    Katakan Tidak Kepada Dadah
    Dadah Membunuh

    Pelajar Cemerlang SPM 2004

    Pelajar Cemerlang SPM 2004
    Nur Amalina Che Bakri

    Pelajar Cemerlang SPM 2006

    Pelajar Cemerlang SPM 2006
    Siti Fatimah Mukhtar

    Pelajar Cemerlang SPM 2007

    Pelajar Cemerlang SPM 2007
    Azali Azlan

    Wajah Cemerlang SPM 2008

    Wajah Cemerlang SPM 2008
    Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal

    20 A Dari Rumah Ini

    20 A Dari Rumah Ini
    20 A Dari Rumah Ini

    Perisian Percuma

    Perisian Percuma
    Flash

    Perisian Percuma

    Perisian Percuma
    Opera

    Perisian Percuma

    Perisian Percuma
    Win Zip
    Powered By Blogger

    sembang2


    ShoutMix chat widget

    Pengikut