Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?

Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling popular ialah "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Namun begitu, di Malaysia, kekeliruan telah muncul dalam kalangan rakyat mengenai nama apakah yang patut digunakan sebagai nama rasmi.

Ada pihak yang memikirkan "Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertamanya memperkenalkan istilah "Bahasa Malaysia" sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas." Sebenarnya istilah Bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YAB Tunku Abdul Rahman, tetapi timbul secara spontan selepas Mei 13, 1969. Ini terbukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada masa itu wujud semacam persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan Malaysia tidak berubah.

Pada tahun 1986, istilah "Bahasa Malaysia" ditukar kepada "Bahasa Melayu". Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, "bahasa kebangsaan [Malaysia] ialah bahasa Melayu".[3]

Namun begitu, Pada 4 Jun 2007, Kabinet membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia". Kabinet mengarahkan supaya semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.[4][5][6] Pada 5 November 2007, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru "Bahasa Malaysia" adalah muktamad.[7]

0 Responses

Post a Comment

  • Katakan Tidak Kepada Dadah

    Katakan Tidak Kepada Dadah
    Dadah Membunuh

    Pelajar Cemerlang SPM 2004

    Pelajar Cemerlang SPM 2004
    Nur Amalina Che Bakri

    Pelajar Cemerlang SPM 2006

    Pelajar Cemerlang SPM 2006
    Siti Fatimah Mukhtar

    Pelajar Cemerlang SPM 2007

    Pelajar Cemerlang SPM 2007
    Azali Azlan

    Wajah Cemerlang SPM 2008

    Wajah Cemerlang SPM 2008
    Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal

    20 A Dari Rumah Ini

    20 A Dari Rumah Ini
    20 A Dari Rumah Ini

    Perisian Percuma

    Perisian Percuma
    Flash

    Perisian Percuma

    Perisian Percuma
    Opera

    Perisian Percuma

    Perisian Percuma
    Win Zip
    Powered By Blogger

    sembang2


    ShoutMix chat widget

    Pengikut