Pengaruh bahasa sanskrit dan jawa

Pengaruh Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang Bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara abad ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan di dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai di:

  1. Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
  2. Talang Tuwo, Palembang (684 M)
  3. Kota Kapur, Pulau Bngka (686 M)
  4. Karang Brahi, Meringi, daerah hulu Jambi (686 M).

Selain itu sebagai faktor sampingan, faktor kemegahan juga faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa dari bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "tinggi-tinggi" pada zaman kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana.

Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:

Bahasa SanskritBahasa Melayu
dosadosa
dukkhaduka
devadewa
ruparupa
samsarasengsara

[sunting]Pengaruh Bahasa Jawa

Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:

  • Pengaruh melalui penyebaran cerita panji
  • Pengaruh melalui interaksi sosial.

Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja.

Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangordan negeri Johor.

Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kata-kata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orang-orang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar.

Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:

PerkataanMaksudnya
AndongKereta kuda(sewaan)
Batoktempurung
berangasanmudah naik marah
wedanaketua daerah
adipatiraja

0 Responses

Post a Comment

  • Katakan Tidak Kepada Dadah

    Katakan Tidak Kepada Dadah
    Dadah Membunuh

    Pelajar Cemerlang SPM 2004

    Pelajar Cemerlang SPM 2004
    Nur Amalina Che Bakri

    Pelajar Cemerlang SPM 2006

    Pelajar Cemerlang SPM 2006
    Siti Fatimah Mukhtar

    Pelajar Cemerlang SPM 2007

    Pelajar Cemerlang SPM 2007
    Azali Azlan

    Wajah Cemerlang SPM 2008

    Wajah Cemerlang SPM 2008
    Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal

    20 A Dari Rumah Ini

    20 A Dari Rumah Ini
    20 A Dari Rumah Ini

    Perisian Percuma

    Perisian Percuma
    Flash

    Perisian Percuma

    Perisian Percuma
    Opera

    Perisian Percuma

    Perisian Percuma
    Win Zip
    Powered By Blogger

    sembang2


    ShoutMix chat widget

    Pengikut